Seramai 22 buah motosikal telah bersama-sama mengambil bahagian dan seawal jam 9 pagi, Kelab Utara Bikers telah mula berkumpul di Caltex Udini Penang sebelum bertolak ke Puspahome. Sekalung ucapan terima kasih kepada Sdr Afdal kerana telah sama-sama menyokong program ini.
Konvoi telah disambut oleh Pengerusi Puspanita Pulau Pinang, Datin Noraini dan seluruh warga anak-anak yatim yang mengambil bahagian. Banyak acara-acara sukanika dijalankan selain pameran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat......
Kelab Utara Bikers meraikan anak-anak yatim ini dengan membawa mereka bersia-siar membonceng motosika berkuasa tinggi disekitar kawasan tapak acara dan jelas terpancar keseronokan dan kepuasan mereka.....
Bagi pihak Kelab Utara Bikers, kami mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi untuk menjemput Kelab Utara Bikers untuk sama-sama meraikan majlis ini. Semoga berjumpa lagi di lain masa.....
WARNA WARNI
Muka2 baru bangun tidur....bbbrrr
susun rapat-rapat....
KUB penaja bersama tuuuu......
Orang ramai dok start mai belek dah
Sembang-sembang kosong
geng ni kira makan jaaaa.....ushar perut aaarrr
Haaa tudia wendy
Ronda-ronda .....
Al sidek Sigaraga
Cenderahati daripada Datin Noraini