KATA-KATA ALUAN DARI PRESIDENT KELAB


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲ‎ﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Kewujudan blog Utara Bikers ini diharapkan dapat dimanafaatkan oleh ahli-ahli Kelab dengan sebaik mungkin. Bukan perkara yang mudah untuk mempertahankan kelab yang telah berusia 13 tahun ini, namun dengan semangat yang tinggi oleh ahli-ahli kelab yang sentiasa memberi sokongan terhadap semua aktiviti-aktiviti Kelab kita mampu untuk terus meletakkan nama Kelab Utara Bikers di kelasnya yang tersendiri.

Semoga perkongsian minat ini, mampu mengeratkan persaudaraan sesama ahli dan seterusnya menjadikan Kelab Utara Bikers terus diingati dan disegani......

WARNA WARNI KELAB UTARA BIKERS

Tuesday, 18 October 2011

ESCORT AND MARSHALING PERODUA MYVY PENANG

16 September 2011....Bersempena Pelancara Perodua Myvy 1.5, jelajah konvoi Myvy telah menjemput Kelab Utara Bikers untuk mengiringi program jelajah Promosi Myvy di Pulau Pinang baru-baru ini.

Seramai 11 Marshall dari Kelab Utara Bikers telah diberi tanggunjawab untuk menyusun atur perjalana jelajah Pulau Pinang Perodua Myvy sebanyak 10 buah bersama-sama dengan skuad Hot FM.

Konvoi bermula dari Auto City dan bergerak ke Bukit Mertajam dan beberapa Hot spot di seluruh kawasan Seberang Perai. Konvoi berhenti untuk Jamuan makan tengari di Ikan Bakar Kepala Batas dan meneruskan kembara Myvy ke sebelah Pulau....



No comments:

Post a Comment