Monday, 9 January 2012
MAJLIS PERLANCARAN JOM JEM PENANG 2012
09/01/2012- Bertempat di Hard Rock Hotel Penang, berlangsung Majlis Pelancaran Jom Jem Penang 2012 yang disempurnakan oleh YB Dato Roslan Saidin. Majlis bermula tepat jam 4:30pm dihadiri oleh rakan-rakan bikers dari BBC, PCB, Big Bikers, Hot Bikers Penang, Sym Penang dan sebahagian daripada warga Kelab Utara Bikers. Turut serta penganjur bersama JJP 2012, Pencinta Pulau Pinang dan rakan-rakan bikers daripada Pulau Pinang.
Majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan dengan disusuli gimik pelancaran yang disempurnakan oleh Penaung JJP 2012, Dato Roslan Saidin. Dalam ucapanya, beliau meyarankan agar para peminat motosikal berkuasa tinggi dapat menyumpangkan tenaga dan sokongan agar program yang dirancang ini akan berjaya.
Pihak Kelab Utara Bikers ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Hard Rock Hotel Penang, Kawasaki Malaysia, Repsol Malaysia, Guan How Superbike, Celcom Malaysia selaku penaja bersama kerana memberi sokongan bagi menjayakan program ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Seringkali kami selaku riders motorsikal berkuasa luar biasa, tidak mempertikaikan bahawa wujudnya kemungkinan berlakunya BREAKDOWN atau sebarang jenis kemalangan kepada kami selaku penunggang dan pemboncing kami. Seharusnya menjadi kebiasaan para penunggang superbike untuk meletakkan sticker JENIS DARAH (BLOOD GROUP) pada skrin semua motor anda. Ini penting kerana dalam masa masa kemalangan, masa yang ada adalah terhad. Panggilan ke pihak ambulance seharusnya menrangkumi informasi jenis darah si mangsa. Stiker ini boleh didapati daripada MOTOAID MALAYSIA secara percuma.
ReplyDeleteMOTOAID MALAYSIA: 03-20969101 / 016-3778183 /011-26407873
Nombor nombor diatas pula harus disimpan didlm phone book telefon anda untuk digunakan sekiranya anda breakdown / kemalangan mana mana di Semenanjung Malaysia ataupun di Thailand.
Berbekalkan semua kelengkapan ini, barulah selamat untuk anda berkonvoy ataupun menunggang jauh dengan baik. SELAMAT MENGEMBARA.