KATA-KATA ALUAN DARI PRESIDENT KELAB


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲ‎ﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Kewujudan blog Utara Bikers ini diharapkan dapat dimanafaatkan oleh ahli-ahli Kelab dengan sebaik mungkin. Bukan perkara yang mudah untuk mempertahankan kelab yang telah berusia 13 tahun ini, namun dengan semangat yang tinggi oleh ahli-ahli kelab yang sentiasa memberi sokongan terhadap semua aktiviti-aktiviti Kelab kita mampu untuk terus meletakkan nama Kelab Utara Bikers di kelasnya yang tersendiri.

Semoga perkongsian minat ini, mampu mengeratkan persaudaraan sesama ahli dan seterusnya menjadikan Kelab Utara Bikers terus diingati dan disegani......

WARNA WARNI KELAB UTARA BIKERS

Monday, 27 June 2011

Escort Setiausaha Latihan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia

27/06/2011 - Seramai 7 Marshall Utara Bikers telah ditugaskan untuk mengiringi Dato" Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia ke Majlis Perasmian Iron Challenge 2011 di KEDA Sik Kedah dimana seramai 150 orang peserta terdiri daripada penuntut Politeknik Sultanah Baahayah, Kulim Kedah mengambil bahagian. Program ini telah mendapat liputan berita TV1 pada 28/06/2011.

Escort bermula dari tol Kubang Semang sehinggalah ke Keda Sik Kedah mengambil masa hampir 1 jam 30 minit dan perjalanan berjalan lancar.

7 Marshall yang mengambil bahagian terdiri daripada President Kelab Sdr. Norhalim, Sdr Wan Cobreco, Sdr. Mie Kroh, Sdr Radhi, Sdr Jo R1, Sdr Sham dan otai bikers Utara Bikers Abg Aziz MBB. Bagi pihak Kelab saya mengucapkan terima kasih kepada Marshall yang bertugas walaupun maklumat berkenaan program dimaklumkan lewat tapi masih boleg turut serta menyokong aktviti ini.

Ucapan terima kasih juga kepada pihak penganjur yang memberi kepercayaan kepada Kelab Utara Bikers untuk memikul tanggujawap ini dan semoga pihak kami dapat terus bekerjasama di lain masa...

Warna warni program....

Baru sampi dan amat lapar daaa...

Mie kroh n abg aziz...dlm gmbr pn nmpk uban aih

Jo R1 termenung terkenang sapa xtau laa

No komen....))

Main pondok-pondok

Tu dia...

Tumpang pos

Segak2 semuanya.....

Sebahagian peserta kursus


Dok bincang apa pun tak tau laa...

Interprem sedia2....

Kacak dan bergaya.....yang mana pilihan anda

Gambar kenangan bersama Dato'

Merendang dibawah pohonan apa entah

Bila la durian tu nk luruh aarrr

Tu dia luruh dah...jom kaih kutip.....

1 comment:

  1. Bikers Dayus!! You cause accident and you ran away.

    ReplyDelete