KATA-KATA ALUAN DARI PRESIDENT KELAB


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲ‎ﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Kewujudan blog Utara Bikers ini diharapkan dapat dimanafaatkan oleh ahli-ahli Kelab dengan sebaik mungkin. Bukan perkara yang mudah untuk mempertahankan kelab yang telah berusia 13 tahun ini, namun dengan semangat yang tinggi oleh ahli-ahli kelab yang sentiasa memberi sokongan terhadap semua aktiviti-aktiviti Kelab kita mampu untuk terus meletakkan nama Kelab Utara Bikers di kelasnya yang tersendiri.

Semoga perkongsian minat ini, mampu mengeratkan persaudaraan sesama ahli dan seterusnya menjadikan Kelab Utara Bikers terus diingati dan disegani......

WARNA WARNI KELAB UTARA BIKERS

Friday, 8 July 2011

THE RETURN "JOM JEM PENANG 2012"

Kelab Utara Bikers telah merancang untuk mengembalikan nostalgia kenangan Jom Jem Penang yang dicadangkan pada sekitar Februari 2012. Kerancakkan dan kenangan Jom Jem Penang 2003-2004 terus meniti di bibir setiap bikers yang turut serta bersama-sama memeriahkan karnival permotoran diPulau Pinang di ketika itu.

Bagi mengamit kembali kenangan ini Kelab Utara Bikers telah bersetuju untuk menganjurkan buat sekelian kalinya "THE RETURN OF JOM JEM PENANG 2012" bertempat di Kota Conwalis Padang Kota Lama Pulau Pinang sekitar Februari 2012.

Banyak acara-acara menarik yang dirancang sepanjang 3 hari acara berlangsung seperti Moto Show, gerai jualan, promosi Big Bike, persembahan hiburan, pengalaman menaiki beca sekitar Padang Kota, pertandingan Gig dan kemuncak acara Jamuan Gala Jom Jem Penang dan cabutan bertuah.

Apa yang dijanjikan dari penganjuran acara ini, ialah kelainan daripada Bike Week yang pernah dilalui oleh bikers-bikers dan akan menjadi kenangan dan pengalaman terindah buat semua bikers.

Sama-samalah kita nantikan "The Return of JOM JEM PENANG 2012"





No comments:

Post a Comment