KATA-KATA ALUAN DARI PRESIDENT KELAB


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲ‎ﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Kewujudan blog Utara Bikers ini diharapkan dapat dimanafaatkan oleh ahli-ahli Kelab dengan sebaik mungkin. Bukan perkara yang mudah untuk mempertahankan kelab yang telah berusia 13 tahun ini, namun dengan semangat yang tinggi oleh ahli-ahli kelab yang sentiasa memberi sokongan terhadap semua aktiviti-aktiviti Kelab kita mampu untuk terus meletakkan nama Kelab Utara Bikers di kelasnya yang tersendiri.

Semoga perkongsian minat ini, mampu mengeratkan persaudaraan sesama ahli dan seterusnya menjadikan Kelab Utara Bikers terus diingati dan disegani......

WARNA WARNI KELAB UTARA BIKERS

Monday, 25 July 2011

ULU YAM ECO BIKE FEST 2011

22/07/2011 - Kelab Utara Bikers telah turut serta memeriahkan Ulu Yam Bike Fest 2011 yang berlansung pada 23/07/2011. Seramai 19 ahli UB telah bersama-sama menjayakan program ini.

UB bergerak ke Kuala Lumpur pada 22/07 dan bermalam di Bukit Bintang. Konvoi Ulu Yam berkumpul di Tasek Titiwangsa dan hampir 300 buah motosikal berkuasa besar turut serta didalam program ini. Konvoi bergerak jam 9:30am dan sampi di tapak acara jam 10:30am,. Konvoi diiringi oleh Polis Traffik dan dibantu oleh Marshall. Konvoi bergerak lancar walaupun sekali sekala dihujani hujan gerimis namun suasana ride yang melalui laluan Karak ~ Genting Highland amat menyamankan.

Walaupun hujan agak lebat sepanjang event berlansung namun kemeriahan event tidak mengeciwakan. Namun masih banyak yang perlu dibaiki dari segi susun atur program dimasa hadapan.

UB bertolak balik ke Kuala Lumpur selepas event tamat dan bermalam sebelum bergerak pulang ke Pulau Pinang pada 24/07. UB selamat sampi tepat jam 4:30pm.

Ucapan terima kasih kepada semua ahli yang turut serta dan ucapan terima kasih kepada Vice President Sdr. Capt dan Azlina Mehtab yang belanja UB makan.....))

Warna warni event

 
Racer Paksu Madi, Capt bersama otai abg aziz dan 
rider bongsu Jeff
Rancak tuuu

Sampi tercabut boot

R&R Jejantas Sg. Buluh

Belasah Lunch

susun rapat-rapat

Get ready

Rahman ~ kaki bersilang tuuu

Gambar aku gak yg xda....

sesat ka apa nii

Tasek Titiwangsa

Jabar GTR @ sym....

Ulu Yam

sign otograf plak...

Capt dok menerai GTR....

barisan penganjur Ulu Yam Bike Fest....Tumb up

Sunday, 17 July 2011

PELANCARAN FIRST SOLAR BIKERS CLUB DAN MAJLIS GOTONG ROYONG

16/07/2011 - Bertempat di Kampung Cina Kulim High Tech, Kelab Utara Bikers telah bersama-sama kilang First Solar Kulim, agensi-agensi Kerajaan dan masyarakat Kampung Cina telah bersama-sama dalam satu program gotong royong anjuran Kilang First Solat Kulim.

Hampir 500 orang telah bersama-sama menjayakan aktiviti ini dan pihak kilang First Solat telah berbesar hati menyumbangkan hampir RM80,000.00 untuk menjayakan majlis ini.

Bersempena dengan program ini juga, First Solat telah melancarkan Kelab Permotoran First Solar(FSBC). Kelab Utara Bikers telah dipilih sebagai Mentor dan Penasihat kelab yang baru ditubuhkan ini dan diharapkan dengan kerjasama ini, kita dapat merancang banyak lagi program-program bersama yang akan memberi banyak manafaat kepada kedua-dua pihak.

Kerjasama diantara dua pihak ini akan diteruskan dan perancangan seterusnya ialah aktiviti safe riding yang akan dianjurkan dalam masa terdekat ini, ujar President baru kelab En. Rahman.

Saya bagi pihak Utara Bikers Club amat berbesar hati diatas kepercayaan ini dan pihak kelab akan menganjurkan kunjungan hormat ke kilang First Solar tidak lama lagi...

Warna warni program......

President First Solar Bikers Club
Sdr. Rahman



Vice President Utara Bikers Club
Sdr. Capt

Jeff dok ushar apa tu...!!!!

selepas gotong royong...bersih jew

ensem aiihh...ada gaya

Masjid Kg Cina Kulim



Ahli-ahli FSBC

nasi daging....terbaik..sslluurppp
Ready to goo.....

Get set.....gooooo



Sunday, 10 July 2011

HADYAI BIKE WEEK 2011

9/07/2011 - Ride ke hadyai berjalan lancar walaupun Border penuh sesak. Masa menungu sebelum pasepot siap di cop menghampiri 2 jam juga la..Namun bila melihat begitu ramai bikers-bikers bersama-sama mengerah peluh dengan riding sut yang sarat tu, memberi semangat untuk terus menungu sambil-sambil sembang kosong dan bermain BB...keh3

Bermalam di Grand Plaza dan menjamu mata di tapak event telah membuatkan kita kagum dengan semangat bikers dari Thailand yang datang dari setiap cerok negara untuk bersama-sama menjayakan Hadyai Bike Week 2011...Tahniah kepada penganjur. Seperti biasa, design baju HBW menarik broo...

Warna Warni UB di Hadyai.....








Friday, 8 July 2011

THE RETURN "JOM JEM PENANG 2012"

Kelab Utara Bikers telah merancang untuk mengembalikan nostalgia kenangan Jom Jem Penang yang dicadangkan pada sekitar Februari 2012. Kerancakkan dan kenangan Jom Jem Penang 2003-2004 terus meniti di bibir setiap bikers yang turut serta bersama-sama memeriahkan karnival permotoran diPulau Pinang di ketika itu.

Bagi mengamit kembali kenangan ini Kelab Utara Bikers telah bersetuju untuk menganjurkan buat sekelian kalinya "THE RETURN OF JOM JEM PENANG 2012" bertempat di Kota Conwalis Padang Kota Lama Pulau Pinang sekitar Februari 2012.

Banyak acara-acara menarik yang dirancang sepanjang 3 hari acara berlangsung seperti Moto Show, gerai jualan, promosi Big Bike, persembahan hiburan, pengalaman menaiki beca sekitar Padang Kota, pertandingan Gig dan kemuncak acara Jamuan Gala Jom Jem Penang dan cabutan bertuah.

Apa yang dijanjikan dari penganjuran acara ini, ialah kelainan daripada Bike Week yang pernah dilalui oleh bikers-bikers dan akan menjadi kenangan dan pengalaman terindah buat semua bikers.

Sama-samalah kita nantikan "The Return of JOM JEM PENANG 2012"