KATA-KATA ALUAN DARI PRESIDENT KELAB


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲ‎ﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Kewujudan blog Utara Bikers ini diharapkan dapat dimanafaatkan oleh ahli-ahli Kelab dengan sebaik mungkin. Bukan perkara yang mudah untuk mempertahankan kelab yang telah berusia 13 tahun ini, namun dengan semangat yang tinggi oleh ahli-ahli kelab yang sentiasa memberi sokongan terhadap semua aktiviti-aktiviti Kelab kita mampu untuk terus meletakkan nama Kelab Utara Bikers di kelasnya yang tersendiri.

Semoga perkongsian minat ini, mampu mengeratkan persaudaraan sesama ahli dan seterusnya menjadikan Kelab Utara Bikers terus diingati dan disegani......

WARNA WARNI KELAB UTARA BIKERS

Monday, 25 July 2011

ULU YAM ECO BIKE FEST 2011

22/07/2011 - Kelab Utara Bikers telah turut serta memeriahkan Ulu Yam Bike Fest 2011 yang berlansung pada 23/07/2011. Seramai 19 ahli UB telah bersama-sama menjayakan program ini.

UB bergerak ke Kuala Lumpur pada 22/07 dan bermalam di Bukit Bintang. Konvoi Ulu Yam berkumpul di Tasek Titiwangsa dan hampir 300 buah motosikal berkuasa besar turut serta didalam program ini. Konvoi bergerak jam 9:30am dan sampi di tapak acara jam 10:30am,. Konvoi diiringi oleh Polis Traffik dan dibantu oleh Marshall. Konvoi bergerak lancar walaupun sekali sekala dihujani hujan gerimis namun suasana ride yang melalui laluan Karak ~ Genting Highland amat menyamankan.

Walaupun hujan agak lebat sepanjang event berlansung namun kemeriahan event tidak mengeciwakan. Namun masih banyak yang perlu dibaiki dari segi susun atur program dimasa hadapan.

UB bertolak balik ke Kuala Lumpur selepas event tamat dan bermalam sebelum bergerak pulang ke Pulau Pinang pada 24/07. UB selamat sampi tepat jam 4:30pm.

Ucapan terima kasih kepada semua ahli yang turut serta dan ucapan terima kasih kepada Vice President Sdr. Capt dan Azlina Mehtab yang belanja UB makan.....))

Warna warni event

 
Racer Paksu Madi, Capt bersama otai abg aziz dan 
rider bongsu Jeff
Rancak tuuu

Sampi tercabut boot

R&R Jejantas Sg. Buluh

Belasah Lunch

susun rapat-rapat

Get ready

Rahman ~ kaki bersilang tuuu

Gambar aku gak yg xda....

sesat ka apa nii

Tasek Titiwangsa

Jabar GTR @ sym....

Ulu Yam

sign otograf plak...

Capt dok menerai GTR....

barisan penganjur Ulu Yam Bike Fest....Tumb up

No comments:

Post a Comment