KATA-KATA ALUAN DARI PRESIDENT KELAB


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲ‎ﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Kewujudan blog Utara Bikers ini diharapkan dapat dimanafaatkan oleh ahli-ahli Kelab dengan sebaik mungkin. Bukan perkara yang mudah untuk mempertahankan kelab yang telah berusia 13 tahun ini, namun dengan semangat yang tinggi oleh ahli-ahli kelab yang sentiasa memberi sokongan terhadap semua aktiviti-aktiviti Kelab kita mampu untuk terus meletakkan nama Kelab Utara Bikers di kelasnya yang tersendiri.

Semoga perkongsian minat ini, mampu mengeratkan persaudaraan sesama ahli dan seterusnya menjadikan Kelab Utara Bikers terus diingati dan disegani......

WARNA WARNI KELAB UTARA BIKERS

Monday, 8 August 2011

THE RETURN OF JOM JEM PENANG 2012

Kelab Utara Bikers Pulau Pinang akan menganjurkan The return of Jom Jem Penang 2012 pada 10hb Februari hingga 12hb Februari 2012 bertempat di Kota Conwalis Padang kota Lama Pulau Pinang. Banyak acara-acara akan diadakan selama 2 hari program berlangsung. Antaranya Karnival Jualan, pameran dan aktiviti-aktiviti setempat yang pasti akan memberi kepuasan kepada semua bikers-bikers dan peserta-peserta yang mengambil bahagian. Promosi Jom Jem Penang 2012 akan dilancarkan selepas hari Raya Aidilfitri nanti dan diharapkan program ini akan mendapat sokongan daripada semua kelab-kelab bikers seluruh Malaysia, Thailand dan Singapura..

Jom pakat-pakat mai Penang kita bagi Jem Padang Kota...........................

MATLAMAT
  • ·         Menghimpunkan seribu buah motosikal berkuasa besar dan kecil dari seluruh Malaysia, Thailand dan Singapura
  • ·         Menghimpunkan dan mengiratkan tali persaudaraan dikalangan gabungan pemilik mosikal berkuasa besar dan pemilik Supercar dari seluruh Malaysia.
  • ·         Memberi pendedahan dan memupuk minat masyarakat terhadap sukan permotoran
  • ·         Mempromosikan Pulau Pinang sebagai Hub Pelancongan terkenal di Malaysia
  • ·         Menyemarakkan semangat 1 Malaysia dikalangan peserta-peserta yang mengambil bahagian yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
  • ·         Melancarkan kempen “Ride it Rite” kepada pelajar-pelajar, golongan belia dan penuntut-penuntut IPTA (USM). Memupuk sikap berdisplin dijalan raya dan memberi  pendedahan saluran yang betul bagi menceburi sukan permotoran di Malaysia.
  • ·          Membantu Pertubuhan Kebajikan yang terpilih melalui bantuan kewangan hasil daripada kutipan derma daripada program ini
  • ·         Menjadikan program ini sebagai program riadah masyarakat apabila program ini diadakan secara terbuka, tempat yang strategic dan akan mampu menarik minat masyarakat Pulau Pinang untuk turut serta memeriahkan acara ini.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang :

-          - Gerai-gerai jualan barangan permotoran
-          - Gerai-gerai promosi berkaitan sukan permotoran
-          - Promosi jualan daripada pengedar-pengedar sah motosikal berkuasa besar dan kenderaan Nasiaonal.
-          - Pameran daripada agensi-agensi kerajaan
-          - Pameran Supercar daripada pemilik-pemilik kereta berprestij
-          - Persembahan motor stunt
B          - Pameran dan pertandingan kereta tercantik
 - Pelancaran Ride it Rite bersama belia-belia dan pelajar-pelajar IPTA (USM Pulau Pinan)
 - Beca Ride for Riders sekitar Pulau Pinang
 - Jom Jem Hard Rock Pulau Pinang
 - Jamuan Makan Malam Jom Jem Penang. Persembahan artis Malaysia, band, cabutan bertuah dan banyak acara-acara menarik semasa jamuan dengan system bunyi dan lighting yang terbaik disediakan.

No comments:

Post a Comment